Pasar baharu tidak dikena sewa Mac ini

webmaster

PASIR PUTEH: Mengambil kira masalah dihadapi peniaga di Pasar Baru di Pasir Puteh Sentral, mereka tidak dikenakan sewa pada Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tawaran istimewa itu diberi bagi mengurangkan bebanan dihadapi peniaga selepas berpindah ke pasar baharu.

“Kita mahu menyediakan ruang perniagaan yang selesa kepada peniaga. Kita bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak dalam isu yang berlaku sebelum ini.

“Tetapi peniaga hendaklah memberi kerjasama, sepakat dan berlapang dada bagi mengatasi setiap masalah yang timbul,ā€ katanya selepas menghadiri pertemuan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan peniaga semalam.

Lebih 200 peniaga Pasar Besar Lama Pasir Puteh menghadiri pertemuan itu.

Turut hadir Adun Limbongan, Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah, Adun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat, Adun Pasir Tumbuh Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Anis Hussein.

Sebelum ini peniaga merungut memandangkan ruang perniagan di pasar baharu agak sempit berbanding pasar yang ada sekarang.

Isu bantahan penduduk menjadi hangat apabila pemimpin PAN mengambil kesempatan bagi mengeruhkan lagi suasana. – HARAKAHDAILY 21/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bantuan Serambi Mekah untuk mangsa kebakaran

TUMPAT: Mangsa kebakaran, Zahuri Noh dari Kampung Pak Jah dalam Dun Kelaboran dekat sini menerima sumbangan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM1,000. Sumbangan itu disampaikan Penyelia Dun, Muhammad Draman di tapak kebakaran di Kampung Tujoh dalam Dun Pengkalan Kubor semalam. Turut hadir menziarahi mangsa, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim. Muhammad ketika […]

Subscribe US Now