Pasar Siti Hajar: Adun PAN buat gempak

webmaster

DAKWAAN pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) kononnya tiada pemimpin kerajaan negeri turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar dianggap tidak berasas.

Sedangkan sebelum ini majlis dialog diadakan bersama Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika program pemukiman Menteri Besar di Pasir Puteh.

Malah anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood beberapa kali meninjau pasar baharu tersebut di Pasir Puteh Sentral.

Abdul Fattah berkata, pemimpin kerajaan negeri sudah acap kali turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar.

Namun maklumat itu tidak pada Adun Salor, Datuk Husam Musa sehingga membuat tohmahan kononnya pemimpin kerajaan negeri tidak menangani isu terbabit.“Sekarang isu pemindahan peniaga dari pasar lama di Pasir Puteh sudah hampir selesai. Daripada 500 peniaga pasar lama seramai 380 peniaga bersetuju untuk pindah.

“Dan sekarang seramai 304 peniaga sudah menjalankan perniagaan di pasar baharu. InsyaAllah kita akan mengadakan perasmian pasar itu awal tahun hadapan,” katanya di persidangan Dun semalam.

Belum itu ketika mengambil bahagian membahas Bajet Kelantan 2017, Husam meminta pemimpin kerajaan negeri melawat pasar tersebut. – HARAKAHDAILY 23/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan bolehkan RUU 355 dibawa ke parlimen

UMAT Islam seharusnya bersyukur kerana Kelantan dimenangi PAS. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, kerana kemenangan itu Rang Undang-Undang RUU 355 telah berjaya dibentangkan di Parlimen oleh Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Tuan Ibrahim, berkata kerana kemenangan kerajaan Kelantan itu […]

Subscribe US Now