PBT di Kelantan serius tangani sampah

webmaster

BIARPUN isu sampah belum lagi berpenghujung di Kelantan, namun usaha berterusan dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, beliau sendiri pernah menerima aduan sampah jam 5.42 pagi.

“Aduan menyebut terdapat sampah di Jalan Selising Pasir Puteh dan kemudian saya memaklumkan kepada Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) pada jam 7.12 pagi.

“Kemudian jam 10 pagi majlis daerah terbabit bertindak membuangkan sampah yang dilaporkan,” ujarnya di Kota Bharu.

Beliau juga berharap wakil-wakil rakyat PBT bagi menyelesaikan masalah sampah sarap di tempat mereka.

Manakala dalam perkembangan lain katanya bayaran lesen yang dikenakan terhadap peniaga di Bazar Ramadan amat munasabah iaitu RM9.30 atau RM280 sebulan.

Manakala di Pasar Ramadan pula sebanyak RM22 sehari termasuk kemudahan utility disediakan PBT. – HARAKAHDAILY 13/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Persiapan Ijtima' Antarabangsa berjalan lancar

PERSIAPAN  terakhir untuk progran Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah berjalan lancar. Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pihaknya yakin dalam tempoh seminggu itu persiapan akan siap dalam tempoh yang ditetapkan. “Insya-Allah dalam seminggu ini  kita akan perkemaskan segala persiapan. “Kelantan bersedia menerima kunjungan tetamu dari dalam dan luar […]

Subscribe US Now