PEGUAM CADANG GUNA ISTILAH TANAH MELAYU

webmaster
Ustaz Nik Zawawi Salleh pada kuliah di Medan Ilmu.

OLEH ASLANI M

KOTA BHARU: Seorang peguam mencadangkan wajar diguna istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu selaras dengan Perkara 113 (6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagan Persekutuan.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, penggunaan istilah Semenanjung Malaysia dihentikan kerana istilah itu tidak wujud dalam perlembagaan negara.

Dalam surat terbuka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau mengemukakan 25 tuntutan orang Melayu sempena sambutan ke-70 penubuhan Tanah Melayu (Malaya).

Beliau juga mahu kerajaan mendedahkan sama ada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang diberi antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar atau tidak.

Surat terbuka itu turut disiarkan akhbar Harakah edisi terbaharu di pasaran sekarang.

Manakala dalam perkembangan berkaitan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pula berkata, setiap bangsa di dunia ada negara sendiri.

“Misalnya orang Cina ada negara Cina, orang India ada negara India, orang Jepun ada negara Jepun. Begitu juga Malaysia milik orang Melayu.

“Jadi bangsa lain yang tinggal di negara ini hendaklah kena hormat kepada tuan asal negara ini,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu, hari ini.

Menurutnya juga orang Melayu sebagai pemilik asal negara ini sedia bertolak ansur dengan penjajah yang memberi kewarganegaraan kepada bangsa lain dibawa ke Tanah Melayu sebelum merdeka.– HARAKAHDAILY 23/8/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12646-peguam-cadang-guna-istilah-tanah-melayu

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KLIA HURU-HARA: MENTERI PERLU LETAK JAWATAN

OLEH AHMAD MARZUK SHAARY KEJADIAN huru-hara di KLIA akibat kegagalan Sistem Pengurusan Lapangan Terbang Menyeluruh (TAMS) beberapa hari yang lepas adalah memalukan negara serta memberi implikasi negatif yang besar kepada ramai pihak. Saya berpandangan dalam insiden seperti ini Menteri Pengangkutan perlu meletak jawatan Ini bersesuaian dengan gesaan Penasihat Media Perdana […]

Subscribe US Now