Pejabat baharu di SUK siap dibina

webmaster

KOTA BHARU: Biarpun ditadbir di bawah kepimpinan ulama dengan kekangan punca hasil, namun Kelantan sudah banyak berubah wajah.

Syarikat swasta diberi peluang berganding bahu dengan agensi kerajaan negeri bagi mewujudkan bandar- bandar baru dan pusat perdagangan.

Begitu juga pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Darulnaim turut berubah wajah baharu.

Bangunan pejabat yang akan menempatkan pejabat Menteri Besar dan anggota- anggota Exco, dibina lima tahun lalu dengan kos RM42 juta kini hampir siap sepenuhnya.

Pejabat baharu itu dijangka akan diduduki awal Disember ini. Prapenyerahan bangunan berkenaan kepada kerajaaan negeri akan diadakan 18 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Azami Mohd Nor berkata, pemindahan pejabat akan diadakan secara berperingkat- peringkat.

“Mana- mana pejabat yang sudah siap sepenuhnya boleh masuk dahulu kerana kita tidak mahu berlaku kesulitan di lif,” ujarnya ketika ditemui selepas sesi lawatan ke pejabat baru berkenaan Rabu lepas.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, timbalannya, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad dan anggota- anggota Exco kerajaan negeri.

Azami juga berkata, majlis solat hajat akan diadakan di bangunan berkenaan tidak lama lagi.– HARAKAH 15/11/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tukar: Rintihan guru duka lara

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan reformasi kepada Sistem Permohonan Pertukaran Guru (EGtukar) yang dilaksanakan hari ini. Ia berikutan kes guru berstatus duka lara yang tidak berjaya menukar tempat mengajar untuk pulang ke pangkuan keluarga. Tambahnya, reformasi tersebut mestilah turut dilakukan dari […]

Subscribe US Now