Pejabat PM nafi rombakan kabinet

tech

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri menafikan terdapatnya rombakan barisan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar luas di laman media sosial semalam.

“Tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan,” menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sejak awal pagi semalam, tersebar satu senarai mendakwa kononnya bakal berlaku rombakan Kabinet dengan tujuh pemimpin UMNO dikatakan akan digugurkan daripada senarai baharu Kabinet.

Dalam mesej yang disebar luas antaranya menerusi aplikasi WhatsApp, turut didakwanya perlantikan beberapa nama baru dalam Kabinet.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Usahawan online perlu daftar SSM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggesa semua usahawan yang menjalankan perniagaan online supaya segera mendaftarkan bisnes mereka dengan suruhanjaya itu bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang. Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Zahrah Abd. Wahab Fenner berkata, gesaan itu dibuat berikutan pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung penipuan yang […]

Subscribe US Now