Pelajar cemerlang diberi sumbangan RM500

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meneruskan sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar cemerlang peperiksaan SPM, Sijil Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.

Pelajar terbabit disyaratkan mendapat kelulusan SPM 9A ke atas, STPM (4P A) dan STAM pangkat Mumtaz.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, borang khas akan dikeluarkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) bermula 29 April ini.

Katanya, borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Yik di Nilam Puri.

“Sumbangan tersebut menjadi program tahunan kerajaan negeri sebagai menghargai kecemerlangan pelajar,” ujarnya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 25/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment