Pelajar cemerlang diberi sumbangan RM500

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meneruskan sumbangan sebanyak RM500 kepada pelajar cemerlang peperiksaan SPM, Sijil Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.

Pelajar terbabit disyaratkan mendapat kelulusan SPM 9A ke atas, STPM (4P A) dan STAM pangkat Mumtaz.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, borang khas akan dikeluarkan Yayasan Islam Kelantan (Yik) bermula 29 April ini.

Katanya, borang permohonan boleh diperolehi di pejabat Yik di Nilam Puri.

“Sumbangan tersebut menjadi program tahunan kerajaan negeri sebagai menghargai kecemerlangan pelajar,” ujarnya selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim di sini hari ini. – HARAKAHDAILY 25/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ribuan solat hajat pertahan kerajaan Islam

KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan menadah tangan memohon mengekalkan kerajaan Islam Kelantan 9 Mei ini. Solat hajat diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Tok Guru Nik Razi Nik Mat, adik Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz. Sebelum itu, beliau menyampaikan kuliah Maghrib. Orang ramai memenuhi Dataran Stadium sejak sebelum […]

Subscribe US Now