Pelajar KIAS terima komputer riba

webmaster

KOTA BHARU– Teruja bercampur gembira. Itu perasaan seorang pelajar semester pertama Diploma Dakwah Dengan Media dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri apabila mendapat perhatian daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang bersedia membantu meringankan bebannya untuk meneruskan pengajian dan kerja-kerja dakwah.

Ahmad Amry Mukhsynin Zaki, 18, dari Kampung Bandar, Pulai Chondong, Machang menerima sumbangan komputer riba daripada PKINK.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr. Wan Zawawi Wan Ismail berkata, sumbangan itu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKINK bagi memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti setempat terutama golongan asnaf.

Katanya, membantu rakyat yang memerlukan satu keutamaan bagi PKINK untuk membina hubungan kemasyarakatan di antara masyarakat luar dan Kumpulan PKINK.

“Dengan sumbangan komputer riba ini diharap dapat meringankan beban keluarga penerima seterusnya dapat membantu penerima menghabiskan pengajiannya dengan jayanya.

“Selain itu, saya juga berharap ianya mampu menyuntik semangat anak ini untuk memberikan yang terbaik dalam pembelajarannya, sekali gus meneruskan legasi kita semua untuk berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara di masa hadapan,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ringkas penyerahan sumbangan komputer riba kepada pelajar tersebut di pejabatnya di sini hari ini.

Sementara itu, Amry berkata, dia amat terharu dengan sumbangan itu yang dapat membantu dia meneruskan pengajian di KIAS.

“Sehingga kini saya merasakan sangat teruja, tiada ucapan yang mampu saya ungkapkan melainkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada PKINK yang membantu saya.

“Ini sahajalah jalannya yang saya ada, untuk meneruskan pengajian ini sehingga berjaya ke peringkat yang lebih tinggi, demi mengubah nasib dan kehidupan kami sekeluarga yang dibelenggu kemiskinan,” katanya. –PKINK 16/7/2018

https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/1766055123472811

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Rancang wang royalti sejak zaman Tok Guru

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menggunakan wang royalti minyak untuk pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmab Yakob berkata, dana itu akan digunakan mengikut perancangan yang dibuat kerajaan negeri. “Sebagaimana perancangan dibuat sejak zaman almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga […]

Subscribe US Now