Pelajar Malaysia ditahan di Mesir, kedutaan digesa ambil peranan

webmaster

SUSULAN penangkapan dan tahanan lokap ke atas beberapa orang pelajar Malaysia di Mesir pada waktu ini oleh pihak berkuasa Mesir, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) menyeru pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Kerajaan Malaysia memberi perhatian serius untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan segera.

ILMAM dimaklumkan bahawa pelajar yang terlibat dengan penangkapan ini ialah mereka yang menuntut di Pusat Kursus Bahasa Arab di Kaherah.

Seperti sedia maklum, mana-mana pelajar yang baru tiba ke Mesir memperoleh visa selama 3 bulan daripada Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur. Walaupun demikian, visa tersebut akan tamat tempoh dan peluang untuk memperbaharuinya amat sukar kerana para pelajar masih belum mendapatkan pengesahan pengajian (tasdiq) daripada pihak institusi pengajian.

ILMAM turut dimaklumkan oleh para pelajar Malaysia di Mesir bahawa pihak berkuasa Mesir juga tidak lagi mengakui surat sokongan yang dikeluarkan oleh pihak KBMK kepada pelajar yang belum memperolehi visa. Masalah ini dirumitkan lagi apabila pegawai-pegawai tempatan yang dilantik untuk menguruskan pembaharuan visa telah menahan pasport para pelajar sehingga melebihi sebulan untuk diproses hingga mengakibatkan sebahagian pelajar Malaysia kini bukan hanya tidak memiliki visa bahkan pasport mereka juga tidak berada dalam simpanan masing-masing.

Justeru ILMAM menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan yang segera dan konkrit kerana ia melibatkan keselamatan rakyat Malaysia. Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai di Mesir serta isu keselamatan pelajar yang sedang berlaku ini, sewajarnya kerajaan Malaysia menyegerakan pelantikan Duta Besar Malaysia ke Mesir serta Menteri Penasihat Pendidikan, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ketika ini kekosongannya masih belum diisi.

Syed Abdul Kadir Aljoofre
Presiden ILMAM
Tarikh: 19 September 2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Papisma bantah, ‘kiddie pack’ rosakkan generasi

DENGAN ini Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) mengambil ketetapan untuk membantah cadangan daripada pihak-pihak tertentu untuk meluluskan penjualan bungkusan rokok bersaiz kecil (kiddie pack). Kami bersama dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan yang lain akan terus memberi desakan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak agar […]

Subscribe US Now