Pelajar Yik berpeluang belajar di Madinah

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bakal menghantar pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Universiti Islam Madinah (UIM) bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bakal calon akan diambil dari pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017.

Menurutnya, 25 orang pelajar yang akan dipilih dikalangan mereka untuk meneruskan pengajian di sana tahun ini.

Katanya, perjumpaan dengan pelajar yang berkelayakan telah dibuat.

“Mereka dikehendaki membuat permohonan melalui online. Kemudian pihak UIM sendiri akan turun untuk menemuduga calon-calon berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian Pelancaran Pendidikan Rabbani semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob, mewakili Menteri Besar Kelantan. –HARAKAHDAILY 26/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

50,000 dijangka berhimpun pertahan Kelantan

KOTA BHARU: Mobilisasi ke arah Himpunan Bangkit Pertahan pada 16 Mac ini, pihak penganjur mengedar pelekat Bangkit Pertahan kepada orang ramai di Pasar Besar Siti Khatijah semalam. Pengedaran pelekat itu diketuai anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama Pengarah Sekretariat Bangkit Pertahan, Dr Izani Hussin, Setiausahanya, […]

Subscribe US Now