Pelajar Yik perlu cipta rekod kecemerlangan

webmaster

TANAH MERAH: Pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) perlu menempa kejayaan saban tahun dalam semua peperiksaan yang diadakan.

Pengarahnya, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus, berkata ia perlu demi ilmu untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

Menurutnya, kehidupan keluarga juga perlu diubah, seboleh mungkin agar tidak mewarisi kehidupan keluarga yang susah.

“Ia boleh diubah dengan ilmu pengetahuan yang digali bermula di bangku sekolah oleh anak-anak sendiri,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengagihan wang zakat kepada 95 orang pelajar dari empat buah sekolah di bawah Yik dalam Jajahan Tanah Merah semalam.

Katanya, pelajar perlu membawa ‘sinar baru’ dalam kehidupan keluarga.

Sumbangan kali kedua disampaikan oleh pihak Yik kepada pelajar terpilih itu mendapat kerjasama Persatuan Wanita Islam Yik (Wanis).

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Pengarah (Kenaziran) Yik, Noriah Ismail, Penolong Pegarah (Khidmat Pengurusan), Shukeri Hussin, Pengerusi Wanis, Zuridawati Hassan.

Seramai 95 pelajar berkenaan dipilih daripada empat buah sekolah, antaranya Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Muhammadi Tanah Merah, SMU (A) Rahmaniah Paloh dan SMU (A) Ri’yatul Diniah Bukit Mas. – HARAKAHDAILY 7/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Seruan Himpunan 355 YB Dato' Dr Ramli Mamat

  Seruan Himpunan 355 YB Dato’ Dr Ramli Mamat YB Dato’ Dr Ramli Mamat Exco Kerajaan Negeri Kelantan ADUN Bunut Payong “Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera” Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now