Pelancaran Madinah Ramadhan 1440

KOTA BHARU: YAB Dato Bentara Kanan MB Kelantan telah hadir merasmikan pelancaran Madinah Ramadhan yang diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Madinah Ramadhan sebagai platform amal, yang mana dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk datang beribadat dibulan yang penuh keberkatan.

Program Ihya’ Ramadhan adalah cetusan idea oleh ahli-ahli majlis dan pegawai MPKB-BRI bermula tahun 1991 di pasar Parit Dalam ekoran melihat kesusahan yang dialami oleh pengguna-pengguna bas pada masa itu yang tidak sempat untuk berbuka puasa di rumah kerana bimbang ketinggalan bas. Makanan berbuka dan kuih muih disumbang oleh peniaga-peniaga sekitar.

Bermula dengan 1 khemah bersaiz 8’ X 6’ yang menampung 15 hingga 20 jemaah bersolat terawih secara bergilir-gilir. Tahun 1995 MPKB-BRI telah menyediakan khemah yang lebih besar yang boleh memuatkan sehingga 800 jemaah untuk solat terawih yang terletak di dataran MPKB sebelah stesen bas dan pasar malam Parit Dalam.

Kini lokasi Madinah Ramadhan bertempat di dataran Stadium Sultan Muhammad KE-IV, Kota Bharu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dikalangan penduduk Kota Bharu, malah juga dari masyarakat seluruh tanah air serta para pelancong dari dalam dan luar negara.

Pelbagai program telah diatur untuk memeriahkan lagi program Madinah Ramadhan 1440H sebagaimana berikut :

i. Majlis Iftar (Berbuka Puasa) Dan Sahur Selama Sebulan
ii. Sumbangan Kepada Fakir Miskin Dan Armalah
iii. Program Tautan Kasih Bersama Anak-anak Yatim
iv. Bicara Al-quran Dan Sains
v. Tadarus, Khatam 30 Juzuk Al-quran & Relay Qiraati Al-quran
vi. Zikra Badar Kubra Bersama Ikon Belia
vii. Haflah Tarannum & Himpunan Johan-johan Qari
viii. Ijtimak Pondok Malaysia
ix. Malam Munajat 1000 Ta’ibin
X. Pertandingan Dan Pameran Seni Khat
XI. Bicara Bersama Ustaz Ebit Liew Dan Iftor Bersama Mualaf

Selain daripada acara yang dinyatakan diatas, banyak lagi sisipan program yang membantu untuk memeriahkan lagi Madinah Ramadhan. –FB DATO AHMAD YAKOB 10/5/2019

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1018264295030354

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment