Pelancaran tabung Madinah Ramadhan 1440H buka platform sumbangan orang ramai

webmaster

DATARAN ILMU KOTA BHARU: YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan merasmikan pelancaran tabung Madinah Ramadhan bagi tahun 1440H.

Majlis pelancaran tabung Madinah Ramadhan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Madinah Ramadhan sebagai platform amal, yang mana dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menderma dibulan yang penuh keberkatan.

Program Madinah Ramadhan ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) semenjak 1993 hingga kini, bermakna sudah hampir 26 tahun program ini berjalan.

Lokasi tetap terkini adalah di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-Iv, Kota Bharu. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dikalangan penduduk kota bharu, malah juga dari masyarakat seluruh tanahair serta para pelancong dari dalam dan luar negara.

Untuk pengetahuan semua, kehadiran pengunjung ke Madinah Ramadhan adalah purata seramai 3000 orang setiap hari. Program Madinah Ramadhan Kota Bharu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya mendapat anugerah “Produk Pelancongan Terbaik Asia Pasifik 2013” dalam perhimpunan agung Tourism Promotion Organization For Asia Pacific Cities (Tpo) dan Tpo Daejeon International Travel Fair Di Korea Selatan.

Untuk Ramadhan tahun ini, pelbagai program telah diatur untuk memeriahkan lagi suasana di sana antaranya :

i. Majlis iftar (berbuka puasa) dan sahur selama sebulan. Percuma untuk semua tetamu Madinah Ramadhan.
ii. Sumbangan kepada fakir miskin dan armalah.
iii. Program tautan kasih bersama anak-anak yatim
iv. Bicara al-quran dan sains
v. Tadarus, khatam 30 juzuk al-quran & relay qiraati al-quran
vi. Haflah tarannum & himpunan johan-johan qari
vii. Dan lain-lain lagi.

Bagi yang berminat untuk menyumbang, boleh menyalurkan sumbangan anda terus ke :
Tabung Ihya Ramadhan
0301-000-5757-713
(Bank Muamalat)- FB DATO’ AHMAD YAKOB

Sumber: https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/1009730839217033

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lebih ramai pelancong ke Kelantan sempena Ramadan

KOTA BHARU – Pengisian keagamaan dijangka menarik lebih ramai pelancong agama ke Kelantan sempena Ramadan ini. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pelbagai aktiviti keagamaan yang dilakukan untuk memberi kemahiran dan taranum di Madinah Ramadan. Beliau berkata, istimewanya tahun ini akan terdapat beberapa ustaz yang akan memberi tunjuk ajar dalam […]

Subscribe US Now