Pelancong Singapura hayati Ramadan di Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Madinah Ramadan yang menjadi tumpuan rakyat Kelantan turut diimrahkan pelancong apabila mereka datang bersama keluarga.

Dr Izani Husin meninjau pemasangan khemah solat tarawih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, mereka tinggal selama sebulan di Kelantan semata-mata untuk mencari ilmu dan beribadat sempena Ramadan.

Katanya, ada juga yang tinggal beberapa minggu di sini dengan menginap di hotel dan apartment berdekatan dengan Madinah Ramadan.

Antaranya Hotel Perdana, Hotel Grand Riverview, Hotel Ansar, KTC dan Hotel Habib Jewels.

“Kebanyakan mereka datang dari Singapura, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pemasangan khemah solat tarawih di Dataran Warisan hari ini.

Beliau juga berkata, khemah berkenaan mula dipasang Jumaat lepas dan dijangka siap sepenuhnya 4 Mei ini.

Katanya juga tahun ini ada sedikit perubahan dekorasi dan pemasangan 16 penghawa dingin dalam khemah solat bagi keselesaan orang ramai. – HARAKAHDAILY 30/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10852-pelancong-singapura-hayati-ramadan-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sumbangan korporat tabung Madinah Ramadhan 1440H berjaya kutip RM1.6juta

KOTA BHARU– YAB Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan meraikan penyumbang tabung Madinah Ramadhan bagi tahun 1440H dikalangan agensi, badan korporat dan usahawan yang berlangsung di Hotel Grand River View. Program Madinah Ramadhan ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar […]

Subscribe US Now