Pelantikan Jawatankuasa Koordinator ECRL Negeri Kelantan

webmaster

KOTA BHARU – Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob menyampaikan surat pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Koordinator Kerja Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Azami Mohd Nor di Pejabat Menteri Besar, Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus, Dato’ Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Bendahari Negeri, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Syarikat China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) dan Jabatan-jabatan Teknikal manakala Setiausaha, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Penubuhan jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menyelaras, memudahcara dan menyelesaikan sebarang isu yang timbul dalam pelaksanaan projek bagi pembabitan 40 peratus kontraktor tempatan yang dikhaskan untuk projek ECRL Negeri Kelantan.

Pelaksanaan Projek ECRL dibahagi kepada 3 Seksyen yang mana bagi Negeri Kelantan projek ini dilaksanakan dalam Seksyen A iaitu Kota Bharu-Dungun (Penjajaran semula – 210.5 km jajaran utama, 14.4 km jajaran sisihan).

Kelulusan EIA bagi Seksyen A diperolehi pada 13 Mac 2020 dan pewartaan Pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(A) APT 1960 telah dibuat pada 2 Januari 2020.

Malaysia Rail Link (MRL) yang merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan adalah pemilik projek manakala kontraktor utama ECRL adalah Syarikat China Communications Contructions (ECRL) Sdn Bhd (CCC).

Pada masa yang sama, sebanyak 40 peratus kontraktor tempatan akan mengambil bahagian dalam pembinaan projek yang akan mendorong perkembangan industri pembinaan dan penggunaan bahan pembinaan tempatan.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PENEMPATAN SEJARAH PERLU DIABADIKAN DALAM BENTUK TULISAN

oleh Nik Azman Nik Mustafa PENGKALAN CHEPA – Pengkalan Datu berpotensi sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Kelantan kerana memiliki banyak usul-usul sejarah berkaitan hubungan dengan dunia luar yang perlu dibuat kajian dan penyelidikan secara lebih mendalam. Merasmikan Majlis Jelajah U-BeS Kelantanku Bersih (Gotong-Royong Perdana) di Pasar Warisan […]

Subscribe US Now