Pelantikan MPKK bidang kuasa negeri

webmaster

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah mempertikaikan peranan Senator Dato’ Husam Musa berhubung pelantikan ahli Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK).

Sedangkan kata beliau, keputusan mesyuarat bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyerah pelantikan serta pemilihan itu kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, pada peringkat pusat badan itu dikenali MPKK, manakala di Kelantan dinamakan sebagai Majlis Pembangunan Mukim (MPM) yang mempunyai 11 ahli termasuk penghulu.

“Mengenai penambahan empat ahli, saya tidak tahu sebab kita berpegang kepada keputusan mesyuarat bersama kementerian sendiri.

“Selagi keputusan itu tidak berubah, itulah pendirian kita. Dato’ Husam atas kapasiti apa beliau memberi cadangan. Beliau mungkin boleh memberi cadangan kepada pusat,” katanya ketika ditemui pemberita ketika persidangan Dun berhenti rehat, hari ini.

Baru-baru ini Husam yang juga Pengerusi PH Kelantan dilapor memberitahu seramai 12,672 orang akan dilantik menganggotai MPKK Kelantan yang bakal berkuatkuasa 1 Januari depan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 3,960 orang merupakan lantikan kerajaan persekutuan dan selebihnya kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 30/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8565-pelantikan-mpkk-bidang-kuasa-negeri

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lantikan MPKK: Kerajaan PH bersandiwara lagi

SAYA bangun bertanya lewat malam tadi di Dewan Rakyat berhubung lantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baru bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Mengikut komitmen asal Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun pada 29 Jun 2018, kerajaan melalui Kementerian telah menyerahkan segala urusan berkaitan pelantikan […]

Subscribe US Now