Pelantikan senator satu tanggungjawab – Ustaz Mat

webmaster

BEKAS anggota parlimen Peringat, Ustaz Muhamad Mustafa, 59, menyifatkan pelantikannya sebagai satu tanggungjawab dan bukan penghormatan.

Beliau yang juga bekas Adun Pasir Tumbuh penggal lepas berkata, amanah daripada jemaah dan kehendak kepimpinan negeri perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Walaupun saya merasakan tidak mempunyai kelayakan tetapi perkara ini sudah diputuskan oleh jemaah, kita terpaksa tanggung juga.

“Tugas ini perlu dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh bersama ikhtiar dan bantuan sahabat-sahabat bagi memastikan tugas ini berjalan baik,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Beliau dilantik bagi menggantikan Dato’ Johari Mat yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.

Tempoh pelantikan selama tiga tahun itu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Nama beliau dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada persidangan Dun pagi tadi, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. – HARAKAHDAILY 11/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Wang sumbangan rakyat diguna bina lebuh raya

WANG sumbangan orang ramai bagi pembinaan lebuh raya rakyat yang kini berjumlah RM3.3 juta sebahagiannya sudah digunakan. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata sebanyak RM2 juta daripada jumlah itu sudah digunakan. Katanya, jumlah peruntukan itu dibayar kepada kontraktor terlibat pada 19 Jun lepas. “Bayaran awal […]

Subscribe US Now