Pemandu kereta sewa boleh jadi duta

webmaster

13151688_1766115026956190_4371510556109284072_nKOTA BHARU – Kerajaan negeri memberi galakan terhadap pemandu kereta sewa di Kelantan menerusi bantuan lebih RM13,000, malah meletakkan harapan mereka boleh menjadi duta pelancongan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, pemandu kereta sewa yang ada di Kelantan adalah pewaris sejak dulu dan mereka lebih tahu mengenai selok-belok negeri ini.

“Mereka boleh menjadi duta, kalau pandai berkomunikasi dengan beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Thailand, lagi baik kerana ia boleh menarik minat pelancong yang datang ke negeri ini.

“Sedikit bantuan RM5,000 diberikan kepada ahli persatuan khususnya untuk mengecat semula 15 kereta sewa yang pudar supaya memberi kesan positif kepada pelancong dan penumpang, yang mana apabila kereta bersih dan dilihat elok, masyarakat bersemangat menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program ramah mesra bersama ahli Persatuan Pemilik Teksi Kereta Sewa Kelantan, di sini, semalam.

Md Anizam berkata,  berdasarkan disiplin yang kini dilihat baik, pekerjaan pemandu kereta sewa menjadi kerja mulia memandangkan mereka menyempurnakan hajat penumpang untuk sampai ke satu-satu destinasi.

“Peranan pemandu kereta sewa di negeri ini cukup besar dan selepas ini, jika ada peruntukan, kerajaan negeri akan menambahkan bantuan mengecat kenderaan berkenaan setakat yang mampu.

“Lagipun sekarang, kereta sewa sekarang ini mempunyai penghawa dingin dan mereka tidak dibenarkan melintasi sempadan kecuali mendapat kebenaran dari pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, setiap hari boleh dikatakan terdapat 50 perjalanan dengan 100 kereta sewa aktif terutama di Kota Bharu termasuk melibatkan kereta sewa lapangan terbang yang membawa pelancong luar negara.

-sinarharian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

80 peratus sampel etak tercemar

RANTAU PANJANG – Sebanyak 80 peratus daripada 25 sampel kerang dikenali etak, dikhuatiri tercemar akibat penjualnya tidak mematuhi Akta Makanan. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Datuk Ahmad Maher berkata, kajian kebersihan dan keselamatan dijalankan tahun lalu, melibatkan etak yang dijual di jalanan sekitar Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat. […]

Subscribe US Now