PEMANDU KERETA SEWA TERIMA BANTUAN KHAS KERAJAAN NEGERI

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

BACHOK – Seramai 80 orang pemandu kereta sewa menerima bantuan daripada kerajaan negeri pada Majlis Bantuan Khas Kerajaan Negeri Untuk Pemandu Kereta Sewa Yang Terjejas Kesan Pandemik Covid-19 di sini hari ini.

Bantuan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus yang mewakili pengerusi portfolio berkenaan.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 134,600.00 membabitkan 673 pemandu kereta sewa seluruh Kelantan yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada tahun 2020.

Jajahan Bachok menjadi pilihan pertama untuk program ini dan akan disusuli jajahan lain pada masa terdekat ini dalam usaha kerajaan negeri membantu rakyat yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid-19.

Turut hadir, ADUN Tawang, YB Dato’ Hassan Mohamood, ADUN Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir dan Ketua Jajahan Bachok, YABrs. Dato’ Mohd Farid Dato’ Abdul Razak.- UPKN Kelantan 11/3/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

HSK 2021 TAMBAH 3 KATEGORI TOKOH, 2 ANUGERAH KHAS, 2 IKON

oleh Norzana Razaly Mac sinonim dengan Hari Wanita Sedunia. Seiring arus perdana, Kerajaan Negeri Kelantan sejak 30 tahun lalu telah berjaya mengadakan Hari Wanita Kelantan, Hari Ibu Mithali, Hari Suri Mithali, Hari Keluarga Mawaddah dan pelbagai lagi program demi menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa dan peranan wanita Kelantan. Bermula tahun […]

Subscribe US Now