Pemangku Raja akan rasmi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

webmaster

SEBANYAK 16 anugerah akan diberikan kepada usahawan yang berjaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan.

Majlis berkenaan bakal disempurnakan perasmiannya oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sebanyak 53 gerai usahawan seluruh negara akan disediakan pada program berkenaan selama tujuh hari bermula 30 Oktober hingga 5 November.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pada masa yang sama turut diadakan Ekspo Hijau Kelantan 2017.

Katanya, majlis itu bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 1V, Kota Bharu, Kelantan.

“Pelbagai acara utama diadakan antaranya pameran peladang, penternak dan nelayan.

“Selain itu pameran ternakan, pameran lembu sado hibrid Kelantan,” ujarnya.

Katanya lagi, pemeran Ekspo Hijau Kelantan pula melibatkan 12 agensi, syarikat swasta yang memfokuskan pembangunan teknologi hijau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Kelantan hadir pada program berkenaan.– HARAKAHDAILY 29/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jabatan Amal bantu pindah barang peniaga

PASIR PUTEH – Jabatan Amal Negeri Kelantan meringankan beban peniaga Pasar Besar Pasir Puteh dengan membantu memindahkan barangan mereka ke pasar baharu, Pasar Siti Hajar di sini, hari ini. Pengerusi Tugas Khas Jabatan Amal Pasir Puteh, Mohd Ali Akbar Yusoff berkata, seramai 80 anggota terlibat dalam kerja amal tersebut. Katanya, […]

Subscribe US Now