Pemangku Raja Kelantan dilantik Canselor UMK

PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Majlis pemasyhuran itu diadakan dengan penuh istiadat di Dewan Utama UMK di Pengkalan Chepa. Baginda merupakan canselor universiti itu yang ketiga.

Canselor pertama UMK iaitu Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan kedua, Sultan Muhammad IV.

Tengku Muhammad Fa-iz Putera diputerakan pada 20 Januari 1974. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail II.

Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang sejarah di University College of London.

Hadir sama pada majlis bersejarah itu, Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed. – HARAKAHDAILY 25/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment