KOTA BHARU– Istiadat Pembukaan Penggal Yang Pertama Dewan Negeri Kelantan Keempat Belas Bagi Tahun 2018 berjalan dengan penuh adat istiadat. Dewan Negeri Kelantan akan bersidang selama 3 hari bermula dengan Istiadat Pembukaan semalam sehingga hari Rabu ini.
Baginda tiba kira-kira jam 10 pagi dan disambut oleh Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B Yakob serta Ahli-ahli yang Berhormat dan Pimpinan Kerajaan Negeri.
Terdahulu, Tengku Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra mencemar duli memeriksa perbarisan kawalan kehormatan daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antara intipati titah ucapan perasmian istiadat tadi adalah 1229 buah rumah telah pun siap dibina manakala sebanyak 1114 buah rumah masih sedang disiapkan. Sebanyak 1905 buah rumah juga masih dalam peringkat proses pembinaan menjadikan jumlah RMMK sebanyak 4248 unit bagi tempoh Januari 2014 sehingga Disember 2017. –UPKN KELANTAN 24/7/2018