Pemangku Raja perihatin nasib mangsa kebakaran

KOTA BHARU– Pemangku Raja, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga mangsa kebakaran di Wakaf Mek Zainab yang terlibat dalam kebakaran Ahad lalu, di sini hari ini.

Sumbangan kewangan itu disampaikan baginda kepada mangsa kebakaran di Istana Kota Lama di sini hari ini.

Baginda juga turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan menasihatkan supaya mereka bersabar dengan ujian yang menimpa.

Seorang mangsa, Noraini Mat Hussin, 28, berkata, dia amat teruja menerima sumbangan tersebut.

“Terima kasih kepada tuanku yang amat prihatin dengan nasib rakyat. Dengan bantuan ini sekurangnya dapat meringankan began yang ditanggung ekoran kediaman saya musnah kesemuanya, ” katanya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal Midah Musa, 50, berkata, dia turut bersyukur di atas bantuan itu.

“Kecaknaan tuanku amat kami sanjung dan kami amat berterima kasih di atas bantuan ini.

“Walaupun kejadian itu memusnahkan kediaman saya, sekurangnya nyawa tidak tergadai dan saya bersyukur masih selamat'” katanya. SINAR HARIAN 29/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment