Pemangku Raja turut bersih bandar Kota Bharu

webmaster

PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut mencemar duli mengutip sampah pada program Come Clean for Kelantan di bandar Kota Bharu semalam.

Baginda juga turut mencuci kaki lima di Hotel Habib, mengecat pagar bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta membersihkan pokok perhiasan di hadapan bangunan Tabung Haji.

Program tersebut yang diadakan di Dataran Bandar Raya Islam dianjur MPKB-BRI dan Persatuan Kerabat Diraja Kelantan al Muhammadi, bagi memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjaga kebersihan.Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Turut sertai lebih 70 agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia melibatkan seramai 4,035 peserta. Mereka turut bergotong-royong di Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru, Medan Ilmu, stesen Bas Kota Bharu, Bazar Buluh Kubu dan Jalan Sultanah Zainab. – HARAKAHDAILY 13/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Adun Gual Periuk terima anugerah Dato’

PANGLIMA Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Azizan Nd Delin mengetuai senarai 624 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-48 Sultan Muhammad V hari ini. Azizan dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K). Selain itu […]

Subscribe US Now