Pemangku Sultan cemar duli lawat pusat pemindahan

RANTAU PANJANG – Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra mencemar duli ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, di sini.

Baginda yang tiba di pekarangan pusat pemindahan banjir jam 3.15 petang mendengar taklimat Operasi Banjir daripada Ketua Jajahan Pasir Mas, Mohamed Nor Husin.

Baginda yang juga Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkenan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di sini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat; Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman.

Tengku Muhammad Faiz diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turut menaiki jentera Bomba dan Penyelamat, meninjau pekan Rantau Panjang yang dinaiki banjir selepas Sungai Golok melepasi paras bahaya, 10.31 meter.

Di Pusat Pemindahan Banjir SK Gual Tinggi ini, ia menempatkan 1,535 mangsa daripada 553 keluarga. – SINAR HARIAN 4/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment