Pembangkang di Kelantan dapat peruntukan

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan melulus peruntukan pembangunan kecil kepada Adun pembangkang di negeri itu sebanyak RM400,000 tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pembangkang di Kelantan juga mendapat peruntukan pembangunan daripada kerajaan negeri.

“Kita lulus peruntukan kepada semua YB termasuk pembangkang. Peruntukan Pembangunan Kecil dilulus juga kepada pembangkang tahun depan.

“Namun ia tidak sama dengan jumlah peruntukan kepada penyokong kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan Belanjawan Kelantan 2019 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri melulus sebanyak RM50,000 kepada setiap 8 Adun pembangkang yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM400,000

“Jadi kita harap gunalah dengan baik supaya boleh berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya. Persidangan Belanjawan Dun Kelantan berakhir hari ini. – HARAKAHDAILY 31/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8578-pembangkang-di-kelantan-dapat-peruntukan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment