Pembangkang di Kelantan dapat peruntukan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan melulus peruntukan pembangunan kecil kepada Adun pembangkang di negeri itu sebanyak RM400,000 tahun hadapan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pembangkang di Kelantan juga mendapat peruntukan pembangunan daripada kerajaan negeri.

“Kita lulus peruntukan kepada semua YB termasuk pembangkang. Peruntukan Pembangunan Kecil dilulus juga kepada pembangkang tahun depan.

“Namun ia tidak sama dengan jumlah peruntukan kepada penyokong kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan Belanjawan Kelantan 2019 pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri melulus sebanyak RM50,000 kepada setiap 8 Adun pembangkang yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM400,000

“Jadi kita harap gunalah dengan baik supaya boleh berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya. Persidangan Belanjawan Dun Kelantan berakhir hari ini. – HARAKAHDAILY 31/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8578-pembangkang-di-kelantan-dapat-peruntukan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

607 pusat pemindahan banjir di Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan mengenal pasti 607 pusat pemindahan dengan kapasiti 198,060 orang sebagai persediaan menghadapi bencana banjir di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita, Mumtaz Md Nawi berkata, lapan daripadanya mampu menampung seramai 2,000 mangsa banjir. Selain itu sejumlah 5,463 sukarelawan dilantik sebagai penyelia serta ahli jawatankuasa di […]

Subscribe US Now