Pembangkang tidak fahami konsep pelancongan

KERAJAAN Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia akan meneruskan misi promosi ke luar negara bagi menarik pelancong asing ke negeri tersebut.

Antara lokasi promosi sebelum ini termasuk di Dubai, Hatyai, United Kingdom, India, China, Indonesia dan Thailand.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, usaha itu dilakukan bersama Tourism Malaysia dan agensi pelancongan.

“Ada pihak menuduh pimpinan kerajaan negeri hanya melancong dan bukan menarik pelancong. Kenyataan itu lahir daripada mereka yang tidak memahami konsep pelancongan sebenar.

“Kita promosi Kelantan bukan hanya negerinya semata-mata, sebaliknya kraftangan, makanan, fauna, alam semulajadi dan industri pembuatan,” katanya pada sidang media di Kota Bharu.

Baru-baru ini pembangkang di Dun Kelantan, Datuk Husam Musa dilapor mendakwa kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan bagi memajukan industri pelancongan di negeri itu.

Menurutnya, Exco pelancongan tidak fokus sebaliknya lebih banyak melancong ke luar negara. – HARAKAHDAILY 20/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment