PEMBANGUNAN KELANTAN PERLU DILESTARI RMK12

webmaster
Tengku Temenggong Kelantan bersama Dr Radzi Jidin dan pegawai kanan UMK.

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Perancangan pembangunan Kelantan oleh kerajaan Persekutuan perlu dilestarikan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kata Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohd Rizam Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, inklusiviti diperlihatkan daripada aspek perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang saksama di Kelantan.

Katanya realiti itu dilihat berlaku dalam Rancangan Malaysia Ke-11 yang disediakan kerajaan Persekutuan.

“Pada masa yang sama Pelan Strategik Kelantan Melangkah ke Hadapan yang dirancang kerajaan negeri ada keserasiannya,” kata beliau ketika merasmikan Kongres Sosioekonomi Kelantan 2019.

Program berkenaan diadakan di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Radzi Jidin, Naib Canselor UMK Prof Dr Noor Aziz Ismail, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai kanan UMK. – HARAKAHDAILY 27/8/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12719-pembangunan-kelantan-perlu-dilestari-rmk12

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

JALUR GEMILANG TERBALIK PERLU TINDAKAN LEBIH KERAS

OLEH SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR KOTA BHARU: Denda RM500 kerana kesalahan memasang Jalur Gemilang secara terbalik atau berwarna hitam putih dianggap tidak memadai. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, tindakan lebih keras perlu dikenakan terhadap pihak yang didapati sengaja melakukan perkara tersebut. “Kerana itu jumlah denda […]

Subscribe US Now