Pembenihan awan dimulakan di Kota Bharu, Machang

imageKOTA BHARU – Usaha pembenihan awan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan persendirian, AF Jets Sdn Bhd pada hari pertama hari ini berjaya membakar lapan suar pagi tadi.

Juruterbang yang mengetuai pasukan berkenaan, Mohd Hafiz Abdul Ghafar berkata, pembenihan awan selama lebih sejam berkenaan dijalankan di Kota Bharu dan Machang.

“Sebanyak 12 suar dibawa, namun hanya lapan dibakar, yang mana empat suar terbakar semasa berada di sekitar Peringat (Kota Bharu) dan empat lagi di Machang.

“Empat suar yang belum terbakar akan dibawa terbang dijangka jam 2.30 petang ini, namun penerbangan ini menunggu keadaan angin berdasarkan teori pakar jabatan metereologi,” katanya, di sini, pagi ini.

-sinarharian

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment