Pembiak aedes adalah pengotor

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr. Ramli Mamat sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Perangi Aedes dan Zika Negeri Kelantan menyeru semua pihak samada agensi kerajaan, swasta dan NGO mengembeling tenaga bagi mencari dan menghapuskan.kawasan pembiakan aedes.

“Pada saya golongan mereka yang membiarkan nyamuk aedes membiak di kawasan premis dan kediaman mereka adalah kalangan manusia pengotor.

img-20161004-wa0033Pihak kerajaan telah mengambil langkah mengarah seluruh wakil rakyat Kelantan bagi mengadakan program gotong royong secara gempur,” kata Dr. Ramli.

Menurut Dr Ramli, operasi secara kecilan dan berterusan adalah lebih berkesan daripada dilakukan secara besar-besaran dalam satu masa.

Setiap orang hanya perlu mengambil masa minima 10 minit bagi memastikan kawasan penempatan mereka tidak menjadi sarang nyamuk aedes.

Turut hadir mesyuarat berkenaan ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua-ketua Jajahan, Agesi-agensi negeri dan persekutuan serta NGO.

Taklimat situasi denggi yang disampaikan oleh Pejabat Kesihatan antara lain melaporkan Kelantan berada di kedudukan ke 4 antara negeri di seluruh negara. Sementara itu, korban denggi setakat September 2016 ialah 8 orang. Manakala Kota Bharu menjadi jajahan tertinggi mencatat kes denggi di Kelantan.

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment