Pembinaan bandar baharu jana pertumbuhan eknomi

webmaster

PASIR MAS: Pembinaan Bandar Baru Tasek Raja yang terletak di Jalan Pasir Mas Rantau Panjang mampu menjana ekonomi penduduk sekitar.

Hal itu terbukti apabila ia dijadikan pusat bagi penduduk sekitar mendapatkan keperluan dan peniaga melakukan aktiviti harian mereka.

Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan berkata beberapa langkah perlu dilakukan bagi merancakkan lagi pembangunannya.

Antaranya menurut Ustaz Abdul Rahman Yunus ialah mewujudkan sebuah pasar raya setanding dengan premis yang sama di Kota Bharu.

“Empat jajahan yang terletak di seberang Sungai Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah tidak ada lagi sebuah pasar raya besar.

“Kalau berjaya membina pasar raya di sini, penduduk di semua jajahan ini boleh jadi akan datang ke sini,” katanya ketika merasmikan projek berkenaan di sini.

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM), Mohamed Nor Husin dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastland Equity Berhad, Dato’ Tan Kok Hooi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Tumboh itu berkata, pembangunan sesebuah bandar baru memberi kesan ekonomi rakyat dan negeri.

Beliau memberi contoh Bandar Satelit Pasir Tumboh kini giat membangun sehingga manfaat serta kesejahteraan dapat dinikmati penduduk.

“Bandar baru satelit Pasir Tumboh, peluang ekonomi besar dan masyarakat mendapat peluang pekerjaan serta kehidupan lebih sejahtera.

“Kita (kerajaan negeri) amat mengalu-alukan syarikat masuk ke negeri ini melabur bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.

Dalam pada itu Pengarah Bukan Eksekutif Eastland Equity Berhad berkata, pihaknya sedang mengadakan rundingan bersama beberapa pengusaha pasar raya.

Menurut Mohamed Akwal Sultan Mohamad, langkah tersebut merupakan sebahagian perancangan dalam fasa kedua yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Ia mengandungi sebanyak 154 unit bangunan tiga tingkat kedai dan pejabat dengan satu ruangan bawah tanah ‘basement’.

“Kerja-kerja fisikal akan bermula selepas musim tengkujuh dan blok pertama dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Selepas fasa dua, kami merancangkan untuk membangunkan fasa tiga yang terdiri daripada unit kediaman,” katanya.

Fasa pertama yang mengandungi terminal teksi dan bas serta sebuah masjid telah diserahkan kepada MDPM pada Mei dan memulakan operasinya secara rasmi pada Ogos tahun lepas. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Janji projek tebatan banjir sejak berpuluh tahun

KOTA BHARU: Sebelum ini sudah dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Thailand bagi  membina projek tebatan banjir di tebing Sungai Golok, yang menjadi sempadan kedua-dua negara. Bagaimanapun kerajaan Thailand sudah lama melaksanakan keputusan tersebut, sebaliknya Malaysia sehinga sekarang tidak melaksana apa yang diputuskan. Janji untuk membina tebatan banjir sudah kedengaran sejak […]

Subscribe US Now