Pembinaan lebuh raya rakyat dijangka siap Mac 2018

webmaster
Hanifa (kanan) memberikan kata-kata semangat kepada kanak-kanak yang akan berkhatan. – Foto Sinar Harian

PASIR MAS – Pembinaan lebuh raya rakyat sejauh 10 kilometer oleh kerajaan Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2018.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, laluan tersebut bermula dari Berangan Mek Nab ke Bukit Tiu berhampiran dengan kawasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang.

“Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan laluan tersebut sedang berjalan lancar dan kita berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Khatan Perdana Peringkat Dun Pengkalan Pasir di Mahaad Muhammadi.

Hampir 100 kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun menyertai majlis berkenaan.

Menurutnya, pembinaan lebuh raya tersebut merupakan salah satu impian rakyat negeri ini untuk memiliki kemudahan perjalanan yang lebih selesa serta cepat dari satu destinasi ke destinasi lain.

Katanya, lebuh raya tersebut tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada pengguna laluan berkenaan.- SINAR HARIAN 11/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penyokong PAS sedia pertahan Dun Salor

KOTA BHARU: Cakna rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor yang diadakan di Kampung Surau di sini mendapat sambutan luar jangkaan penduduk tempatan. Situasi tersebut menggambarkan ahli dan penyokong PAS bersedia mempertahankan Dun Salor pada pilihan raya umum akan datang. Menurut Pengarah Program, Mohamad Nuri Mat Yaacob berkata, lebih 600 […]

Subscribe US Now