PEMBINAAN LIMA PADANG BOLA SINTETIK SUDAH DIPOHON

KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan sudah mengemukakan permohonan di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 4 melibatkan cadangan menyiapkan pembinaan padang bola sintetik (turf).

Hal tersebut dinyatakan Exco Belia Sukan dan NGO negeri YB Wan Roslan Wan Hamat ketika menjawab soalan daripada ADUN Tanjong Mas YB Rohani Ibrahim yang bertanya, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk membina sebuah lagi padang karpet turf, memandangkan sambutannya yang luar biasa?

Sehubungan itu, YB Wan Roslan memperinci makluman, Kerajaan Negeri sudah pun mengemukakan cadangan membina dan menyiapkan padang bola sintetik di atas tapak Yayasan Islam Kelantan Tunjong, Kota Bharu yang dipohon melalui Kementerian Kewangan Malaysia.

Selain itu, katanya, cadangan membina pusat aktiviti komuniti yang mengandungi padang bola turf di Gua Musang juga sudah dipohon melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Manakala di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, pihaknya mengusulkan cadangan membina Kompleks Sukan Komuniti Pasir Puteh yang turut mengandungi padang bola turf.

“Melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga, kita sudah mengemukakan cadangan menaik taraf Pusat Sukan Tanah Merah yang mengandungi padang bola sintetik dan cadangan membina kemudahahan sukan di Padang Bola Taman Desa Kemumin Padang Tembak,” jelasnya dalam Sidang DUN, hari ini.

Sumber

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment