Pemimpin k’jaan punca rasis, benci, menghina

webmaster

KUALA  LUMPUR: Serangan berbaur perkauman yang mencanang kepada perpecahan dan menyentuh sensitiviti dilihat semakin berani dihamburkan oleh pelbagai pihak mutakhir ini.

Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat) berkata, perkara seumpama turut dilakukan pemimpin kerajaan apabila mengeluarkan kenyataan sinis, rasis dan anti perpaduan.

Beliau membangkitkan perkara tersebut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan bagi usul menjunjung kasih ke atas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini semalam.

Kemukanya, sikap tersebut tidak hanya ditujukan kepada rakyat biasa, bahkan juga terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, malah lebih jauh lagi menghina Nabi Muhammad S.A.W.
“Kebencian apakah yang cuba disemarakkan di negara kita mutakhir ini? Di kala Nabi Muhammad S.A.W dihina, umat Islam bangkit membantah dan mempertahankan.

“Di kala Nabi Isa A.S dan Nabi Ibrahim A.S dihina, umat Islam juga bangkit membantah dan mempertahankan Nabi Isa dan Nabi Ibrahim. (Menunjukkan Islam) Itu adalah ajaran kedamaian.

“Lebih mendukacitakan, bila kenyataan berbaur kebencian, penghinaan agama, perkauman dan perpecahan ini datang dari pemimpin kerajaan sendiri,” kesalinya kerana hal tersebut tidak ditangani dengan tindakan sewajarnya.

Tegas beliau, perpaduan ini tidak akan tercapai sekiranya antara masyarakat dalam negara berpecah, tetapi pihak kerajaan pula dilihat takut melihat perpaduan orang Melayu.

Katanya, seburuk-buruk tuduhan pada Umno dahulu, tetapi parti itu tetap mengusahakan penyatuan bangsa yang ada di dalam negara ini, malah Kelantan turut membuktikan perkara sama.

Jelas beliau, PAS merupakan parti yang cukup mampu melaksanakan perpaduan selama 30 tahun mentadbir Kelantan, juga sebagaimana ketika rusuhan kaum 1969.

Namun, ucapan beliau itu mengundang ketawa sinis dan beberapa Ahli Parlimen terutama Kangar dan Jelutong cuba berkali-kali bangun untuk mencelah butiran disampaikan.

Bagaimanapun Dato’ Che Abdullah tidak dapat memberi laluan tersebut melainkan sekiranya Speaker memberinya ruang untuk menjawab setiap celahan pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 22/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10337-pemimpin-k-jaan-punca-sikap-rasis-benci-menghina

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Perasmian Kelantan Art And Culture Festival

KOTA BHARU– YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan ketika mewakili YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan bagi merasmikan Kelantan Art and Culture Festival (KACF) yang diadakan bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. KACF ini berlangsung selama […]

Subscribe US Now