Pemimpin negeri belum dibenar masuki sekolah

KOTA BHARU: Biarpun Kementerian Pendidikan mengeluar pekeliling membenarkan pemimpin kerajaan negeri memasuki sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), namun ruang itu masih lagi tertutup.

Ustaz Abdullah Ya’kub menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang akan melanjut pelajaran ke Mesir.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Azhar Salleh berkata, sehingga sekarang hanya beberapa sekolah membenarkan.

“Kita berharap pihak berkenaan memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri mendekati pelajar dan guru untuk kepentingan bersama.

“Sudah sampai masanya hubungan baik antara pemimpin kerajaan negeri, sekolah dan JPN dilaksana dengan mengenepikan soal politik,” katanya selepas meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.

Seramai 212 pelajar akan bertolak ke Mesir pada 14 dan 15 April ini untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang.

Program itu diadakan di Dewan Teratai Kota Darulnaim hari ini dirasmikan Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub.

Azhar yang juga Adun Pulai Chondong berkata, pemimpin kerajaan negeri belum diberi peluang bertemu pelajar di sekolah JPN biar pun kementerian membenarkannya. – HARAKAHDAILY 8/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10556-pemimpin-negeri-belum-dibenar-masuki-sekolah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment