Pemuda lancar gerakan pertahan Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Pemuda PAS melancar Gerakan Mempertahan Kerajaan Negeri Kelantan (Pertahan) dengan penglibatan semua pihak termasuk Angkatan Muda KeADILan (AMK).

Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari berkata gerakan itu diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan bermula 2 Mac ini.

Katanya, Pemuda PAS akan mengemudikan gerakan itu dengan mengumpul sebanyak mungkin badan, organisasi dan NGO yang konsisten bagi mengekalkan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Gerakan dicetus di sebalik kecaman dan serangan dibuat ke atas kerajaan negeri sama ada dari dalam dan luar.

“Kami tetap yakin dan percaya anak-anak muda masih menaruh harapan untuk melihat PAS kekal menerajui negeri ini,” katanya pada persidangan media di Syabab Point di sini petang ini.

Hadir sama anggota-anggota jawatankuasa Pemuda PAS Negeri termasuk Naib Ketua Mohd Ariff Abdullah.

Pelancaran Pertahan akan diadakan 2 Mac ini di Markas Tarbiah PAS Tanah Merah di Kampung Bukit Tebu dan kemuncaknya penganjuran Kongres Anak Muda Pertahan Kelantan pada 29 April di Rantau Panjang.

Pemuda PAS juga akan menganjur perhimpunan anak-anak perantau yang bekerja di Lembah Klang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan pada 19 Mac.

Tahun lepas Pemuda PAS Kelantan menganjurkan Himpunan Anak Muda Istiqamah (Hamasah) di Pasir Puteh yang dihadiri kira-kira 10,000 anak muda dari seluruh jajahan.

Fadhli berkata, 14 siri ceramah dan penerangan diadakan pada Mac dan April di samping pengedaran risalah mengenai perubahan dan dasar dilaksanakan kerajaan Kelantan.

Menurutnya juga Pemuda PAS yakin kewujudan serpihan parti itu tidak memberi kesan besar bagi mempertahan kerajaan negeri untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.

“Kesannya mungkin minimum, namun kita tetap berjaga-jaga dan sentiasa memantau pergerakan parti baharu tersebut,” ujarnya. –HARAKAHDAILY 24/2/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pekerja Asing : Optimumkan Tenaga Buruh Tempatan, Semak & Tambah Baik Dasar Pengambilan

KENYATAAN MEDIA Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) 24 Februari 2016 | 15 Jamadilawal 1437 H PEKERJA ASING : OPTIMUMKAN TENAGA BURUH TEMPATAN, SEMAK & TAMBAH BAIK DASAR PENGAMBILAN 1. Dengan jumlah 6.7 juta orang warga asing sedia ada di negara ini samada berstatus berdaftar atau tanpa izin, sebarang kemasukan baru […]

Subscribe US Now