Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Siti Kasim

webmaster

nazman2KOTA BAHRU: Satu laporan polis terhadap Siti Kasim dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Di Ibu Pejabat Kontinjen Kota Bharu (IPK) hari ini.

Laporan polis itu diketuai oleh Nazman Che Ibrahim, Presiden NGO PERTAHAN dan juga Ketua Penerangan DPPNK susulan isu yang ada kaitan sekatan Orang Asli di Gua Musang.

Laporan penuh seperti berikut

nazman1“Pada hari ini jam 8.00 pagi saya berada di kediaman saya seperti di dalam Kad Pengenalan dan saya membaca laman Facebook dengan akaun nama Siti Kasim dan saya percaya nama sebenar dia adalah Siti Zabedah binti Kasim. Semua tulisan dan komentarnya di dalam laman Facebook tersebut saya lihat berbentuk fitnah, tohmahan, kejian, hasutan dan ancaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah menghina serta merendah rendahkan banyak Penjawat Awam dalam tindakan tindakan beliau berkaita isu Blockade Orang Asli sejak bulan September yang lalu. Tindakan menghasutny sangat jelas dan ini akan menimbulkan lebih banyak ketegangan antara kaum orang asli dengan kaum Melayu yang banyak bertugas sebagai penjawat awam sepanjang krisis blockade ini. Saya juga melihat Siti Kasim terus konsisten cuba menghasut orang asli supaya benci dan melawan Kerajaan Pusat, JAKOA, Jabatan Perhutanan, PDRM dan Kerajaan Negeri. Justeru, saya selaku Timbalan Presiden NGO Pertahan Kelantan membuat repot ini agar pihak polis segera menangkap dan menyiasat Siti Kasim agar ketegangan kaum tidak akan berterusan sebegini malahan akan menjadi lebih parah sehingga berlakunya pertumpahan darah. Sekian laporan saya.”

Menurut Nazman lagi laporan yang sama terhadap Siti Kasim akan dilakukan oleh DPPNK di semua 14 kawasan parlimen dalam Kelantan bermula hari ini dan esok.

Pada 29 November lalu seramai 47 Orang Asal direman oleh pihak berkuasa dan mengakhiri sekatan di laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, Gua Musang. – HARAKAHDAILY 7/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kg Warisan: Penduduk akui sebelum ini keliru

TUMPAT: Ekoran pendedahan Harakah dan Harakahdaily cadangan projek Kampung Warisan di Kampung Laut dekat sini, kini semakin ramai penduduk di kampung berkenaan faham mengenainya. Penghulu Kampung Laut, Ghazali Harun berkata, penduduk terlibat projek Kampung Warisan yang sebelum ini menentang keras, berterima kasih kepada kerajaan negeri selepas mengetahui perkara sebenar. “Selepas […]

Subscribe US Now