Pemuda PAS gembleng tenaga pembangkang

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan merintis usaha menggembleng tenaga pembangkang bagi menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Ceramah Mega Anak Muda akhir Disember lepas berjaya menampilkan pemimpin utama PAS, PKR, Ikatan dan Bersatu berkongsi pentas di sini.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata beberapa siri ceramah bersama parti-parti pembangkang sudah diadakan sebelum ini.

“Ia dilakukan bagi menguruskan kerjasama PAS bersama Bersatu dan PKR untuk menghadapi PRU ke-14 tidak lama lagi,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan Geran Usahawan Anak Muda di sebuah restoran di sini.

Bantuan perniagaan itu disampaikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus.

Ceramah yang diadakan sempena Ekspo Anak Muda Disember lepas turut dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Presiden Ikatan, Datuk Seri Badri Abdul Rahman dan Ketua AMK Kelantan, Dr Hafiz Rizal.

“Kita terbuka untuk bekerjasama dengan Bersatu seperti hubungan dengan PKR,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/1/2017

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment