Pemuda santuni anak muda di kedai kopi

PROGRAM ‘Kecek Kigho Keda Kopi’ anjuran Pemuda PAS Negeri yang diadakan di kampung-kampung mendapat sambutan menggalakkan.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, walau pun program di peringkat kampung yang diadakan di kedai kopi, namun ia dihadiri lebih 100 penduduk.

“Program tersebut merupakan santai dakwah cara baru untuk bersama anak muda dan orang ramai,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, bermula September ini Pemuda PAS Negeri akan menyemarakkan lagi program Anak Muda Pertahan Kelantan (Pertahan). – HARAKAHDAILY 6/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
174Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment