Penarik beca diberi sara hidup RM1,200

webmaster

MENGAMBIL kira bebanan yang terpaksa ditanggung penduduk miskin ekoran kenaikan harga barang dan GST, kerajaan Kelantan memperkenalkan beberapa insentif kepada golongan tersebut.

Antaranya bantuan sara hidup sebanyak RM1,200 setahun kepada penarik-penarik beca berdaftar. Ia akan dibayar dua kali tahun hadapan.

Selain itu mengecualikan cukai pintu premis-premis yang dikenakan cukai RM50 ke bawah.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pelajar-pelajar tingkatan satu daripada keluarga miskin yang mendaftar di sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) pula diberi bantuan pendidikan RM100.

“Bayaran denda berkaitan premium tanah dan bayaran denda lewat bayar cukai tanah akan diberikan diskaun sebanyak 90 peratus.

“Penyambungan semula meter air secara percuma bagi pelanggan-pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang membuat sambungan semula,” katanya ketika membentang Belanjawan Kelantan 2018 hari ini.

Menurutnya diskaun berkaitan tanah dan sambungan semula percuma berkaitan air bagi tempoh bermula 1 hingga 31 Disember 2017. – HARAKAHDAILY 20/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Exco Kelantan dihalang masuk sekolah JPN

BIARPUN diberi mandat oleh rakyat, namun anggota Exco di Kelantan tidak mendapat kerjasama untuk bertandang ke sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setakat ini beliau tidak mendapat kerjasama untuk datang ke sekolah di bawah JPN. […]

Subscribe US Now