PENCAPAIAN JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU – Sejumlah RM 3.66 juta melibatkan peruntukkan pembangunan yang diterima daripada Kerajaan Negeri Kelantan kepada Jabatan Pertanian Negeri sepanjang tahun 2022 dengan melibatkan beberapa projek yang telah disenaraikan.

Antaranya ialah projek pembangunan tanah terbiar bagi meningkatkan aktiviti guna tanah serta mengurangkan tanah terbiar khususnya bagi pengeluaran hasil tanaman makanan. Peruntukan yang diterima pada tahun 2022 ialah RM 600 ribu melibatkan 42 orang petani dengan keluasan tanah yang terbiar dibangunkan seluas 48.23 hektar. Bermula tahun 2006 sehingga 2022 jabatan pertanian telah membangunkan seluas 3368.32 hektar tanah terbiar dengan mengusahakan tanaman seperti pisang, jagung, nenas dan lain-lain.

Manakala bagi projek pembangunan industri padi pula, insentif bantuan yang sebanyak RM 400 ribu menyasarkan peningkatan hasil melibatkan seramai 19,267 petani. Sehingga Oktober 2022, pengeluaran padi pada musim utama dan luar musim adalah sebanyak 151,854.56 metrik tan dengan nilai pengeluaran sebanyak RM 19,627,812.70 menyasarkan peningkatan pendapatan hasil sebanyak 5% dan menyumbang kepada kenaikan kecukupan kendiri (SSL) negara.

Selain itu, bagi pembangunan industri pelbagai komoditi pula, pemberian insentif sebanyak RM 600 ribu menyasarkan peningkatan pendapatan hasil petani minimum sebanyak 10 %. Peruntukan ini melibatkan seramai 72 orang petani yang akan menerima manfaat dengan keluasan projek pertanian dianggarkan seluas 50 hektar. Projek ini memfokuskan kepada komoditi bernilai tinggi melalui pemindahan teknologi serta amalan pertanian baik kepada pengusaha sedia ada selain tanaman sayur-sayuran seperti komoditi tanaman kontan seperti ubi vitato dan jagung dan juga tanaman industri seperti kelapa, cendawan dan lain-lain.

Dalam pada itu, bagi pembangunan industri sayur-sayuran pula memperluaskan kawasan penanaman insentif teknologi serta amalan baik petani melalui pemindahan teknologi pertanian moden seperti fertigasi kepada cara konvensional. Pemberian insentif RM 400 ribu dengan pendapatan hasil minimum sebanyak 10 peratus. Bajet ini dapat dimanfaatkan kepada 56 petani dengan keluasan 40.41 hektar. Sehingga Oktober 2022, keseluruhan pengeluaran 109,594.22 metrik tan dengan nilai pengeluaran RM 282,311,347.00 sayuran dan pengeluaran dijangka meningkat sebanyak lima peratus.

Pautan: PENCAPAIAN JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN

(Visited 6 times, 2 visits today)

Add Comment