Pencarian tokoh, ikon wanita sempena HSK

webmaster

KOTA BHARU: Senarai pencalonan bagi pencarian tokoh dan ikon wanita sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019 perlu diserahkan selewat-lewatnya 9 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Media, Korporat dan Penerbitan HSK 2019, Khairiah Mohamed berkata, mereka yang mempunyai calon berkelayakan boleh dimaklumkan kepada pihak sekretariat.

Menurutnya, sempena HSK 2019 sebanyak enam kategori tokoh disediakan antaranya Tokoh Siti Khadijah Khwailid (Keusahawanan), Tokoh Siti Aisyah Abu Bakar (Pendidikan), Tokoh Siti Aminah Abdul Wahab (Armalah).

Menurutnya, selain itu Tokoh Zinnirah Al Rumiyah (OKU), Tokoh Zainab Binti Khuzaimah (Kemasyarakatan) dan Tokoh al-Khanisa’ Amru (Kesenian).

“Selain itu kita juga meminta orang ramai mencalonkan nama-nama ikon wanita yang berjaya dalam bidang usahawan, pendidikan, sukan OKU.

“Golongan wanita yang berjaya dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kesenian juga boleh dicalonkan,” ujarnya di sini.

Katanya juga memandangkan tarikh tutup permohonan semakin hampir, diminta mana-mana pihak yang ingin menyerah nama pencalonan perlu berbuat segera.

Boleh juga menghubungi Pejabat Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita di Wisma Dr Alias Jalan Telipot di talian 09 747 6568 atau 019 3918 atau 013 984 6914. – HARAKAHDAILY 29/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10841-pencarian-tokoh-ikon-wanita-sempena-hsk

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Persidangan Dun Belia catat sejarah

KOTA BHARU: Kelantan mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia Kelantan yang berakhir semalam. Persidangan itu akan diadakan dua kali setahun. Program julung kali tersebut disertai 45 belia yang mewakili kawasan Dun. Perasmian disempurnakan Timbalan Speaker Dun Dato’ Abdul Fattah Mahmood Sabtu lepas, yang turut […]

Subscribe US Now