Pendekatan BPMS beri manfaat rakyat Kelantan

webmaster

SEMENJAK PAS menggunakan pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) banyak manfaat diperolehi rakyat Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, walaupun berbeza ideologi politik, namun kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan terus dipertingkatkan.

Katanya, hasil kerjasama itu banyak manfaat serta kebajikan dinikmati rakyat Kelantan.

“Saya hanya mahu melihat usaha ini dari sudut kepentingan rakyat, kita tingkatkan lagi hubungan  kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Namun apa yang menjadi masalah  apabila kerajaan mengumumkan Malaysia sebagai negara maju. Sedangkan Kelantan masih tertinggal dari sudut pembangunan infrastruktur,” kata beliau pada sambutan Hari Koperasi Peringkat Negeri 2017 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan.- HARAKAHDAILY 27/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB Rasmi Majlis Penutup Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2017

  YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Majlis Penutup Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2017 yang diadakan di Pantai Geting, Tumpat pada hari Sabtu yang lepas. Sebanyak 8 buah negara dan 200 peserta kebangsaan telah mengambil bahagian didalam penganjuran pada kali ini.   Turut bersama YB Pengerusi […]

Subscribe US Now