Pendidikan tinggi Islam tak tepati nilai sebenar

webmaster

N.34 TEMANGANKOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu.

“Kita mengakui masih ada kelompangan dari sudut pendidikan tinggi. Oleh itu bagi memperkasakan aspek berkenaan kerajaan negeri menjadikan persidangan pendidikan tinggi Islam sebagai program tahunan,” katanya anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.Oleh itu kata beliau Kelantan bakal dikenali hub pendidikan tinggi Islam menjelang 2030.

Beliau berkata hasrat itu diterjemahkan dengan menjadikan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) sebagai ikon pendidikan tinggi Islam.

“Ia merupakan satu impian yang besar. Itulah sebabnya kita menjemput pakar pendidikan bagi bersama-sama membantu kerajaan negeri,” katanya pada persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini hari ini.

Seminar itu diadakan selama tiga hari dua malam bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadi pelopor bidang pendidikan tinggi agama.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentang wakil institusi pengajian tinggi termasuk Kuis, Kuizm dan Kias.

Dr Fadzli juga berkata Kelantan berusaha mempertahankan pendidikan Islam biar pun ia tidak dilakukan pihak lain.

Beliau juga berkata Maahad Tahfiz Tok Guru akan bakal memulakan sesi pertamanya tahun depan. – HARAKAHDAILY 4/10/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penuntut Islam penuhi kehendak pasaran

KOTA BHARU – Institusi pendidikan Islam digesa melahirkan penuntut yang boleh memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Pengerusi Persatuan Cina Muslim (Macma) Malaysia Kuala Lumpur, Dr Ann Wan Seng berkata, sistem pendidikan Islam pada hari ini dilihat agak ketinggalan, sedangkan kaum Cina meletakkan pendidikan sebagai satu keutamaan. “Apa yang kita hadapi dalam […]
KOTA BHARU - Institusi pendidikan Islam digesa melahirkan penuntut yang boleh memenuhi kehendak pasaran pekerjaan

Subscribe US Now