Penduduk berhimpun program ‘Cinta Rasul’

TUMPAT: Berikutan ada pihak semakin berani menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, malam kelmarin hampir 4,000 penduduk tempatan berhimpun pada Himpunan Ummah Cinta Rasul.

Pelbagai lapisan masyarakat hadir bersama NGO, parti-parti politik dan 13 guru pondok seluruh Tumpat. Program bermula dengan perarakan di Masjid Ismaili Bandar Tumpat selepas solat Isyak.

Kemudian orang ramai berarak ke Pantai Ndo yang terletak hampir 1 km sebagai tempat perhimpunan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Himpunan Ummah Cinta Rasul, Mohd Hushaimi Hussian berkata, himpunan kebangkitan ummah itu membuktikan umat Islam bangkit mempertahan agama dan Rasulnya.

Katanya, perhimpunan itu sebagai isyarat awal supaya mana-mana pihak jangan menghina Nabi SAW dan kesucian agama Islam.

“Kami akan bangkit dan mempertahankannya. Ini satu peringatan untuk mereka yang antiIslam,” katanya pada program tersebut.

Program berkenaan dianjur Kelab Belia Islam Tumpat dan Pejabat Agama Tumpat. Perasmian disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakub. – HARAKAHDAILY 11/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10127-penduduk-berhimpun-program-cinta-rasul

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
176Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment