Penduduk dah setuju, pihak lain adu domba

webmaster

SAMA seperti projek Kampung Warisan di Kampung Laut, Tumpat gangguan pihak tertentu menyebabkan projek untuk manfaat penduduk lambat dilaksanakan.

Parti serpihan seolah-olah mahu menjadi juara. Hari ini penduduk Kampung Laut lega selepas pemimpin terbabit keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Begitu juga projek pembangunan Lembah Binjai cuba digegerkan PAN selepas penduduk terlibat memberi kerjasama bagi membangun kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, ada segelintir pihak yang tidak setuju terhadap projek itu selepas persetujuan penduduk terlibat dicapai.

“Mereka datang kemudian setelah persetujuan dibuat. Kalau mereka hendak hitam putih biarlah berjumpa dengan kerajaan atau MPKB BRI,” katanya di Kota Bharu.

Baru-baru ini seorang aktivis PAN mendakwa projek pembangunan Lembah Binjai tidak dimaklumkan kepada penduduk biarpun sudah diwartakan.

Aktivis sama juga sebelum ini difahamkan terlibat ‘menghasut’ segelintir penduduk Orang Asal di pedalaman Gua Musang.

Abdul Fattah berkata kerajaan negeri melaksanakan projek pembangunan Lembah Binjai dalam lima fasa setelah menerima persetujuan penduduk terlibat.

Katanya, isu yang cuba dibangkitkan pihak terbabit hanya di fasa pertama sahaja.

“Kerajaan negeri hanya memberi kelulusan pembangunan bagi kawasan di Kampung Chepa, Binjai sahaja.

“Kita akan tengok kesan pembangunan itu untuk kita nak pertimbangan bagi zon-zon yang lain. Fasa pertama hanya melibatkan 12 rumah penduduk sahaja.

“Pihak terbabit membuat adu domba perkara yang tidak tepat,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 4/4/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan tambah bilangan penghulu

KERAJAAN Kelantan menambah lagi bilangan penghulu di negeri ini bagi meningkatkan lagi keberkesanan pentadbiran di peringkat mukim. Langkah itu diambil berikutan berlaku pertambahan mukim di Kelantan yang dibuat Pejabat Tanah dan Jajahan. Pengarah Urusetia Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak berkata seramai 28 penghulu ditambah tahun ini selepas kajian dibuat Pejabat Tanah […]

Subscribe US Now