Penduduk Orang Asli tolak perjuangan Jaringan

GUA MUSANG: Biar pun segelintir masyarakat Orang Asli masih berjuang menuntut tanah adat, namun sebahagian besar penduduk terbabit melahirkan rasa aman berada di bawah kerajaan negeri.

Semalam penduduk Orang Asli di Pos Pulat hadir pada progam Lindungan Kasih dianjurkan Lajnah Tanah PAS Pusat yang diketuai pengerusinya, Wan Rohimi Wan Daud.

Hadir sama pada program itu wakil kerajaan negeri Dato’ Hassan Mohamood.

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad, Penyelia Dun Nenggiri, Mohd Saupi Abdul Razak dan pimpinan PAS Gua Musang.

Setiap tetamu yang hadir dipakai topi yang dipanggil ‘jari lipan’ ketika tiba di perkampungan itu yang terletak di pedalaman Gua Musang.

Penghulu Tanpa Mukim Dun Nenggiri, Jumat Abak berkata, sebahagian masyarakat Orang Asli muak dengan perjuangan segelintir kaum mereka yang mudah dipengaruhi pihak dari luar.

Katanya, mereka cuba memperjuangkan tanah adat dan wilayah yang tidak pernah wujud dalam Kanun Tanah Negeri Kelantan.

“Kehadiran ramai penduduk Orang Asli suku Temiar pada program ini membuktikan mereka tidak bersama dengan perjuangan Jaringan yang melakukan sekatan laluan balak di Pos Tohoi,” katanya di sini semalam. – HARAKAHDAILY 10/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8048-penduduk-orang-asli-tolak-perjuangan-jaringan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
52Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment