PENDUDUK RKT CHALIL TERIMA BEKALAN AIR TERAWAT

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU – Kerja-kerja pembinaan sistem bekalan air di Perkampungan RKT Chalil, Gua Musang telah pun siap dengan jayanya. Projek yang bermula pada Mac 2017, dengan kos projek bernilai RM 4.8 juta telah dibangunkan oleh Pakatan Acutera Sdn Bhd sebagai kontraktor utama, dan projek ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Disember 2018.

Hasil daripada itu, dianggarkan sekitar 250 akaun pengguna di sekitar perkampungan tersebut telah menikmati air terawat terus ke rumah dengan jumlah pengeluaran 1 juta liter sehari.

Sebelumnya, kawasan tersebut tiada kemudahan loji rawatan air dan penduduk terpaksa menggunakan air tandak (air tadahan bukit) yang disalurkan ke kediaman mereka. Dengan termeterainya dokumen penyerahan Projek Sistem Bekalan Air di Perkampungan RKT Chalil daripada pihak Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR) kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diharap dapat menyelesaikan masalah penduduk sekitar dengan baik.

Gimik penyerahan projek disempurnakan oleh Pengurus Besar AKSB, YBrs Datuk IR Dr Azuhan Mohamed bersama Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), YBrs Haji Wan Muhd Rahimi Wan Salleh.

Turut hadir Pengarah Kerjaraya Kesedar, YBrs IR Nizan Khairudin, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian KESEDAR, Encik Che Zulkifli Abd Rahman, Ketua-Ketua Jabatan AKSB, Pengurus dan Ketua Unit serta Jurutera Kesedar.- UPKN KELANTAN 29/3/2021

(Visited 21 times, 2 visits today)

Add Comment